Salam...
Akhirnya perjalanan aku pun sampai ke penghujungnya....
18 April 2012
Hari yang ditunggu telah pun tiba.Walaupun aku tak sabar nak balik(rindu abang aku) tapi hati aku rasa berat sangat nak tinggal Mekah ni.Macam2 pengalaman dan pengajaran yang aku dapat sepanjang 10 hari di sini.Kitorang yang naik flight Saudia balik hari ni.Flight Emirate pulak balik hari jumaat(dah tak dapat la nak jumpa diorang)...Selepas buat Tawaf Wida',dalam pukul 5 macam tu,kitorang bergerak ke Airport Jeddah,King Abdul Aziz International Airport.Kali ni senang sikit nak berurusan dengan imigresen sana.After timbang bag kitorang terus check-in and just tunggu untuk boarding je.After a few minutes,kitorang pun naik la flight tu.Sepanjang perjalanan balik tu aku tido je sebab sakit kepala.Aku demam lepas balik dari Ziarah Jeddah.So...tak terasa nikmat sangat la perjalanan balik ni.Aku sedar pun time flight tu fly kat Myanmar sampai KLIA.
Bagi aku,perjalanan ni mula2 je terasa macam berat(kalau nak beribadah memang rasa macam tu pun...).tapi,bila dah sampai,everything's change.Bagi aku,orang Arab ni memang kasar and keras kepala.Tapi,kalau kita buat baik dengan diorang,cair terus macam coklat.Trust me!Lagi satu,memang betul la orang cakap yang bangsa Melayu or orang Asia ni sopan santun,lemah lembut.Tak dapat nak disangkal.Time drive pulak,driver2 di sini semua buat jalan tu macam jalan diorang sorang je!dah tak ingat orang lain.Suka tekan2 hon tu.Sikit2 tekan hon.Bingit telinga aku.Tapi,hakikatnya inilah budaya diorang.One more thing,lelaki di sana aku tengok tak segan silu nak berjalan sambil berpegangan tangan sesama sendiri.Kalau di Malaysia,mesti orang ingat 'sejenis' dah.Hehe...
Sampai sini saja lah perjalanan aku.Terima kasih kepada yang sudi membaca dari awal sampai akhir.Semoga kalian yang belum pergi akan dijemput Allah untuk kerumahnya suatu hari nanti.InsyaAllah!!!
 |
Tak dapat lagi nak tengok senja di Masjidil Haram |
|
|
|
 |
Suasana yang tak mungkin ada di Malaysia |
 |
orang berpusu-pusu mengejar 100 000 kali pahala di Masjidil Haram |
 |
Kaabah yang dirindui... |
 |
Malaysian's proud! |
 |
Selamat tinggal Jeddah |
No comments:
Post a Comment