Entry sebelum ni aku dah cerita sikit pasal perjalanan ke tanah suci ni...ini sambungannya...enjoy!!!
6 April lagi!!!
After landing di Jeddah dalam pukul 9 lebih (malam) ,selesaikan hal-hal imigresen dan ambil baggage...kami tunggu untuk naik bas ke Madinah.Agak lama la tunggu bas ni.Ini adalah dugaan pertama kami semua di sini.Sambil2 tunggu tu...ada sorang mamat Pakistan ni tegur ayah aku.Ayah aku pun sembang2 la dengan dia.Apa yang aku tau,dia belajar kat US.Muka dia ala-ala Pak Su aku sikit.hehe....Tiba2 ja,ada pak Arab sorang ni datang kat ketua rombongan kami ni minta passport kami semua.Dia cakap dia nak simpan passport kami ni.Tak tau la kenapa dia kena wat cam tu.Ketua kami ni tak bagi la.Pak Arab tu tak jelaskan kat kami kenapa dia kena ambil passport tu.Passport bukan boleh buat main2.Hilang passport tak boleh balik kot.Ada la sikit pertengkarang kat situ.
Dah selesai bertengkar,bas pun sampai.Kami semua terus masukkan barang2 and naik bas.Bas kat sini semua pakai buang je.Bas yang kami naik tu boleh la setakat nak bawak sampai ke Madinah(tu pon x sampai jugak!).Aircond ada la tapi tak sejuk pun!Dah sedap2 dalam bas tu,tiba2 muasasah yang jadi pengiring kami ni cakap salah bas.Bas tu sepatutnya untuk rombongan dari package Andalusia yang satu flight dengan kami semua tu.Dari Malaysia jugak.Tapi,disebabkan barang semua dah masuk,kitorang suruh je la diorang ambil bas kami tu.Then,bas tu pun bergerak.
![]() | |
Lebih kurang macam ni la bas kitorang yang rosak tu... |
![]() |
Inila santapan kitorang... |
Aku dengan mak and ayah duduk kat atas batu2 yang berdekatan(hik3...) sementara nak tunggu problem tu settle.Tapi,bas tu rosak teruk.Susah nak repair sendiri.Kena pergi workshop.Tapi tengah2 malam buta (around 1 a.m) tu nak cari sapa?kat M'sia kot la ada peronda PLUS.Kat situ ada habuk je la.Nasib baik malam tu bulan mengambang.Cerah la jugak kat padang pasir tu.Memang betul la orang cakap padang pasir ni siang panas malam sejuk.Memang sejuk!Aku sampai menggigil.Sweater lak tak bawak.Huh!!!
Alhamdulillah...dah hampir setengah jam menunggu,ada jugak la bas yang sudi berenti.The funny thing is itu la bas yang sepatutnya kitorang naik at first!Dalam bas tu ada jemaah Andalusia (as mentioned earlier).Ada lagi 15 seat kosong.Kitorang punya ketua dia tak nak pisahkan kitorang.Takut2 ada masalah nanti nak cari sapa kan?Rasional la jugak alasan dia.So...the idea is 15 orang tu boleh duduk.Mak cik2 and pak cik2 yang dah tua boleh la duduk.yang lebih 24 orang tu berdiri je la sebab Madinah dah tak jauh.Kitorang ok je.Tapi,masalahnya pulak orang2 Andalusia ni tak bagi.Alasan diorang bahaya la apa la....so...kitorang semua tak ikut la...After a few minutes,ada lagi satu bas berenti.Kali ni bas ni bawak jemaah Indonesia.Bas tu FULL!Tapi,kalau kitorang nak naik kena berdiri la.Kitorang pun setuju sebab nak sampai sebelum subuh(dah tak lama dah nak subuh).Kehadiran kitorang tu sangat2 dialu-alukan oleh jemaah Indonesia tu.They're very warm and friendly.Ada mak cik tu jemput aku duduk sebelah dia.Baik betul!
Mungkin ini la tuhan nak tunjukkan kat Malaysia kau kutuk orang2 Indo ni.Tapi kat sini,even orang kau sendiri tak nak tolong tapi orang2 yang dikutuk ni la yang sudi.And 1 more thing,lain kali jaga mulut masing2....Allahuakbar!!!
![]() |
Waktu Fajar-subuh |
Cerita aku ni panjang lagi...Jangan lupa sambungannya di next entry!
P/s:gambar2 ni bukan aku punya.Ni aku ambil kat google...
No comments:
Post a Comment