9 April 2012
Kitorang duduk di Madinah tak lama.Rasa tak puas duduk di Madinah.Kalau boleh nak duduk lama lagi tapi nak buat macam mana kan???Pagi tu...aku and parent keluar2 shoping.Orang cakap kat Mekah kedai jauh2.Lagipun,petang nanti kitorang dah nak bertolak ke Mekah.Dah selesai shoping,kitorang balik hotel and packing.Lepas solat zuhur,lebih kurang pukul 2.30,kitorang berkumpul di lobby siap berihram untuk check out.Bas datang pukul 3 petang.
Then,kitorang berenti di Bir Ali untuk bermiqat umrah.Aku tak turun pun.Niat atas bas je.Kitorang sampai Mekah pukul 11 malam.Lepas check in kat Hotel Al-Ghanaim (belakang Le Meridien Hotel),kami semua turun untuk buat umrah.Sampai je dalam Masjid Al-Haram,tak tau macam mana nak cakap...subhanallah!!!cantik sungguh kaabah.Aku rasa macam nak nangis.Tapi,aku tahan je la sebab malu kalau orang nampak.hehe...Time tu aku rasa aku ni kerdil sangat....Allah Maha Besar...Bagi yang pernah buat haji,orang malam tu diorang cakap sikit je.Tapi bagi first timers macam aku ni,macam tu pun aku rasa dah ramai.Kitorang tawaf agak dekat dengan kaabah.Lepas tawaf 7 round,kitorang buat saie.Lepas tu bertahlul la.Kitorang habis buat umrah dalam pukul 2.30 pagi.Huh...letih bangat.Esoknya,pihak pengurusan bagi rehat je.
11 April 2012
![]() |
Pokok dalam bulatan merah-makam saidatina khadijah r.a |
Kemudian,kitorang dibawa ke masjid Tanaim-masjid Saidatina Aisyah untuk bermiqat sekali lagi.Akhir sekali,kitorang dibawa ke makam Saidatina Maimunah R.A iaitu isteri terakhir Rasulullah S.A.W..Hari ni kira hari mengenal sejarah para isteri Rasulullah je la.Glad to know about them!Balik tu,sekali lagi kitorang selesaikan umrah yang kedua.
Rasanya...cukuplah dulu setakat ni...banyak lagi kisah perjalanan aku ni dalam entry seterusnya...:)
No comments:
Post a Comment