Tuesday, 24 April 2012

A Journey To The Holy Land - Departure Day

Alhamdulillah,
Aku dah selamat menjalani ibadah umrah pada 19 April yang lepas.Biasa lah kalau balik umrah mesti ada sakit2 sikit kan?Tapi sekarang demam dan sakit kepala sudah hilang.Yang tinggal lagi ada la batuk2 sikit,selesema dan sakit rindu...

Perjalanan aku ni di support oleh ayah dan mak aku.Abang2 dan kakak aku tak dapat ikut sebab masing2 ada hal.Abang first aku and kakak aku,ayah memang x boleh nak support sebab masing2 dah kawen.Abang aku yang lagi 2 orang tu tak dak cuti.Maklumla...kena save sikit cuti tu sebab yang sorang tu dah nak kawen hujung tahun ni.InshaAllah...So...aku keseorangan dan kesunyian la disana.

 6 April 2012-Jumaat

Perjalanan kami sepatutnya bermula pada jam 3 petang tapi delayed sampai jam 3.30 petang.Aku dengan family pergi sana dengan Bahrulmazi Travel And Tours.Lebih kurang 39 jemaah ikut rombongan ni.Kami naik Saudi Arabian Airlines(SV833).Flight Attendence Saudia cun2 belaka.Hak3...
Dalam flight tu,aku duduk kat sit 65E(line tengah) dengan ayah aku.Sebelah aku ada sorang mak cik dengan anak lelaki dia dari Terengganu.Mak aku terlepas kat line 61.At least ayah aku ada.Agak tak best la duduk kat sit tengah.Tak nampak apa pon.The funny moment is when flight attendence tu bagi headphone.Mak dengan abang aku dah cakap yang tempat cucuk headphone tu ada kat sit.Entah macam mana aku try la cucuk kat tepi screen depan aku tu...konfem x masuk la kan sebab situ cuma satu lubang ja sedangkan headphone tu ada dua lubang.Tiba2,anak mak cik yang duduk sebelah aku ni tegur aku. "Adik,tempat cucuk headphone kat sit."...argghhh...malu giler aku.Tapi dalam nada cover aku cakap "ohhh...thanks..." tak sangka ada org perasan lak...HAK3....aku tak boleh tido dalam flight.Aku dengar lagu dan tengok The Adventure Of Tintin.Ayah aku ngan mak cik ni tido nyenyak betol.Perjalanan kami dianggarkan lebih kurang 8 jam (lama tuu...)

Dah halfway perjalanan...kat Sri Lanka,tetiba ja ada ribut.Mula2 flight tu terbang 32000 feet.Tp utk mengelakkan ribut yang mengganas smpai goyang kapal terbang tu dia naik lagi tinggi smpai 35000 feet.Makin tersumbat la telinga aku tambah dengan meloyanya...Huh!!!Dalam flight tu flight attendence(FA) tu bagi makan 2 kali main meal.Time baru fly dia bagi minum jus buah-buahan.Then, diorang bagi makan nasi ape ntah dengan kari daging.Aku memang tak suka nasi...so macam biasa la nasi tak habis...hehe...Time FA tu tanya aku nak pilih ayam atau daging,aku agak tak faham dengan slang dia.Dia tanya "chicken or lamb?"....lamb tu dia sebut L.U.M.B...last skali aku cakap "give me what u give to my dad."....kan senang!Second meal is my favourite-lasagne.Aku makan macam orang tak makan seminggu.Aku agak terperasan la mak cik sebelah aku tu tengok aku makan.Mesti dia ingat "ish,teruk betul anak dara ni makan..."

Dah 7 jam perjalanan,akhirnya kami sampai di Riyadh.Di situ,flight  berhenti sejam ja.Then,dia terus fly ke Jeddah.Lagi sekali,kami kena hit dengan ribut lagi.Ribut kat sini lagi kuat dari Sri Lanka.OTW dari Riyadh ke Jeddah aku duduk sebelah mak aku sebab orang Arab tu dah turun.Sepanjang perjalanan kira2 55 minit ke Jeddah tu kami tak boleh buka seat belt.Time kapal terbang tu nak touchdown ribut dah semakin kurang tapi terhempuk jugak kami.Terasa kapal terbang tu bergoyang time landing.

Banyak ni je kitorang bawak...

Abang tolong hantar...sebelah tu mak...

Pemandangan KLIA

What happen next?Don't forget to read the next entry...

No comments:

Post a Comment