Setelah pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi akhirnya sampai jugak...Alhamdulillah!!!
7 April 2012
![]() |
Masjid An-Nabawi |
Sampai je pagi tu,lepas solat subuh kitorang terus tumbang atas katil.Letihhh sangat!Ustaz yang uruskan kitorang di Madinah ni cakap hari ni kitorang boleh rehat je dulu.Esok baru start aktiviti kitorang.Dalam pukul 12 tgh hari,aku,mak and ayah siap2 nak ke masjid Nabawi (first time untuk aku).I'm sooooo excited!!!Kat sini zuhur awal.12.30 macam tu dah masuk.Kitorang pergi masjid jalan kaki je sebab dekat.4 minit berjalan dah sampai.Madinah agak bersih la cuma banyak habuk.Tak larat aku nak bersin...
Sampai di masjid an-nabawi,di setiap pintu ada sorang penjaga perempuan akan check beg setiap orang yang nak masuk.Henfon tak boleh bawak masuk.Orang agak ramai la time tu.Dalam masjid,kitorang cari tempat duduk.Dapat duduk sebelah Arab.Tapi,masing2 buat hal sendiri je.Nak sembang pun tak faham...Tempat solat untuk perempuan yang ada anak diasingkan.Senang sikit.Tak ganggu.Penjaga,pencuci kat masjid ni semua boleh cakap Melayu Indonesia."Bu,duduk sini!"Hak3...lawak jugak bila dengar dia cakap.
Habis solat,kitorang keluar dari masjid ikut gate 15 (arah nak balik hotel).Ramai orang kat jalan2 tu.Ingatkan sebab apa...rupanya orang berjual beli di tengah2 jalan.Mau tak jam jalan.Mak aku cakap kalau polis datang lari lintang pukang la diorang ni.Yang best nya...orang yang jual barang pun boleh cakap bahasa kita.Senang la nak berkomunikasi.Nak tawar2 harga...hik3...
Hari first ni aku tak banyak cerita sangat.Kitorang jalan pergi masjid setiap kali waktu solat,balik bilik and makan...Tu je...oh ya!!!makan pihak Bahrulmazi yang sediakan.Kitorang memang tak akan kelaparan.Masakkan dia pun sedap.Konfem tak rindu kat kampung halaman.
8 April 2012
Hari ni baru la best sikit.Maka bermulalah pengembaraan kami di Kota Madinah.Lepas breakfast,pukul 6.45 pagi(sini cerah awal) kami semua berkumpul di lobby hotel.7.15 pagi baru bas sampai.Mula2 diorang bawak kitorang pergi masjid Quba'.Sekali solat dalam masjid pertama yang dibina Rasulullah ni,kita dah dapat satu ganjaran pahala umrah.Alhamdulillah...aku sempat solat Dhuha.Then,kitorang pergi jabal Uhud-tempat yang menyaksikan umat Islam kalah dalam perang Uhud.Lepas tu,kitorang di bawa ke ladang kurma and lastly pasar kurma.Kilang percetakan al-Quran tak dapat pergi sebab ramai sangat orang.Lagipun,lelaki je boleh masuk.Maka tamatlah perjalanan di Madinah.
![]() |
Jabal Uhud |
![]() |
Tunggu bas nak jalan |
![]() |
Masjid Quba' |
![]() |
Masjid Imam Al-Bukhari-Periwayat Hadis |
Petang tu...kitorang dibawak melawat perkuburan Baqi'.As usual,perempuan tak boleh masuk.Malam tu,aku dengan mak nak masuk raudhah.Ramai sangat orang.Tapi kitorang tunggu dengan penuh kesabaran.Tapi,orang2 yang berbangsa Arab ni la tak sabar.Buat kepala.Semua nak conquer kat diorang je.Alhamdulillah...aku sempat jugak solat sunat dalam raudhah tu.Habislah cerita aku untuk hari bertarikh 8 April ni.
No comments:
Post a Comment