Thursday, 26 April 2012

A Journey To The Holy Land - Mekah Al-Mukaramah 2

Salam...
Aku tak tido dari tadi.Ni semua Champions League punya pasal la....grrrrr!!!Aku tido pun dah mimpi sampai ke bintang...:(
Alang2 dah nak dekat subuh lebih baik aku terus stay up je.Nanti susah pulak nak bangun.Naseb baik Terengganu jadi penyejuk hati.Let's continue to my next journey!

12 April 2012

Hari ni pulak,kitorang buat Ziarah Jaranah(nama ziarah ni sempena nama tempat yang kitorang akan buat miqat).Firstly,Bahrulmazi bawak kitorang melawat Jabal Thur.Di sini,kitorang boleh tengok je,tak boleh panjat bukit tu.Bukit ini adalah bukit paling tinggi di Kota Mekah.Yang best di sini...turun2 je bas,kita akan diserbu macam hollywood star oleh penjaja2 di sini.Dari rasa teringin nak beli terus hilang nafsu tu.Bagus jugak la kan???Tak habis duit!Lepas tu,kitorang pergi melawat padang Arafah.Kat situ ada Jabal Rahmah-tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas dikeluar dari syurga.Aku dengan parents aku panjat bukit ni.Tak tinggi pun...lagipun ada tangga.Senang sikit!Then,dalam bas kitorang dibawa menyusur Muzdalifah dan Mina.Tourist guide tu ada cerita macam2 kisah 2 tempat ni.Best!!!Lepas melawat Jabal Nur(tak turun jugak) kitorang terus bermiqat di Masjid Jaaranah.Balik tu,kitorang selesaikan umrah ketiga and rest!
View from Jabal Rahmah,Arafah

Camel Riding di Jabal Rahmah-SAR 10 je...
 14 April 2012

Hari ni,lagi sekali kitorang buat ziarah Jaranah.Kiranya sambungan dari lawatan semalam la.Hari ni,kitorang melawat sebuah muzium purba di Aziziah.Aku muzium2 ni memang tak minat sangat.Tapi,aku masuk je la.Nak tengok muzium negara orang.Muzium ni kecik je.Then,kitorang bermiqat di tempat yang sama dan selesaikan umrah yang keempat(aku tak buat kali ni...kaki aku sakit sebab time jalan x fokus...;p)


Ni je la gambar yang aku ambil kat muzium


15 April 2012

Our next ziarah is Ziarah Hudaibiyah.Firstly,kitorang melawat ladang unta.Di situ,kita boleh beli susu unta dengan harga yang murah and fresh!Tapi,aku tak beli sebab aku tak minum susu.Lepas tu kitorang terus pergi ke masjid hudaibiyah,masjid di mana termetrainya perjanjian Hudaibiyah tu untuk bermiqat.Aku rasa sangat berbesar hati sebab dapat pergi ke situ.Macam tak percaya je!Macam biasa,balik tu terus buat umrah yang kelima (keempat untuk aku).


16 April 2012

Hari ni hari terakhir ziarah kitorang.Hari ni kitorang buat Ziarah Jeddah.Kali ni jauh sikit dari Mekah.Kitorang bertolak ke Jeddah dalam pukul 2.30 petang.Aku pelik jugak sebab selalu ziarah kitorang buat pagi.Rupa-rupanya,orang Jeddah ni aktif selepas Asar(dalam pukul 4 cam tu...).Kalau kitorang pergi pagi,kedai semua tak buka lagi!First sekali,kitorang singgah Masjid Al-Qisas untuk solat Asar.Masjid ni adalah tempat di mana hukuman Qisas dijalankan.Lepas tu,kitorang dibawa ke Perkuburan Hawa.Kubur Hawa ni panjang bangat!

Sunyi je jalan Jeddah sebelum asar



Sekitar Jeddah
Then,kitorang teruskan dengan our main agenda,shopping at Corniche Commercial Center (Kornish Plaza)!Tempat ni lebih kurang macam shopping mall malaysia je la.Di sini,aku sempat la sambar jubah satu.Hak3...Then,aku dengan parents aku makan bakso di Garuda Restaurant.Sini memang ramai orang Indonesia.Dah macam Indonesia pulak!Aku punya impian la kan...nanti aku nak bukak Harimau Malaya Restaurant sebelah Garuda tu.Hehe!!!Dah senja,kitorang solat maghrib di masjid berdekatan.Lepas tu kitorang naik bas dan berenti di masjid pe ntah...sebelah Red Sea untuk melihat the tallest fountain in the world.Lebih kurang 200 meter la tinggi air pancut tu.Tapi tengok dari jauh je la.Sebab ada construction pe ntah(ni la akibat tak focus time taklimat)...Lepas tu kitorang bermiqat di Masjid Al-Rehily.Balik tu,kitorang buat umrah terakhir untuk kali ini.Sedih jugak!
Ini la Kornish Plaza
Air Pancut Tertinggi Di Dunia

Matahari terbenam di Jeddah


17 April 2012

Hari ni kitorang free.So,aku,mak and ayah keluar meronda sekitar Masjid Al-Haram and shopping for the last time!Then,balik bilik untuk berkemas sebab esok dah nak balik.Huhu...:(

No comments:

Post a Comment